Home >> Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan

Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan
Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan

Bagi Penjual kereta, sebagai pemilik kenderaan berdaftar perlu memastikan bahawa tiada sebarang bayaran tertunggak dan semua baki bayaran pinjaman telah dilangsaikan sebelum menjual kenderaaan kepada pemilik baru.

Langkah 1: Pemeriksaan Puspakom
Kenderaan (selain motorsikal) termasuk Kereta Persendirian ataupun Kenderaan Perdagangan perlu dibawa ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan. Pemeriksaan tersebut boleh dijalankan oleh Pemilik asal / Pemilik baru ataupun siapa-siapa sahaja yang berkenaan termasuk wakil yang sah.

Bagi memudahkan urusan, buat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir di Puspakom. Temu janji boleh dibuat secara online di laman web Puspakom: https://www.mypuspakom.com.my

●Masa membuat inspection di Puspakom, pastikan anda bawa sekali Geran Original
●Perkhidmatan pemeriksaan mandartori ini dikenakan cas sebanyak RM35.00 sahaja (Kereta Persendirian)

Langkah 2: Pengesahan Biometrik di JPJ – Pemilik Asal
Pemilik Berdaftar Asal perlu melalukukan Pengesahan Biometrik (Thumbprint) di mana-mana cawangan JPJ

❗Pastikan anda bebas daripada Senarai Hitam / Tuntutan Hak Milik
-Isikan Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJ K3)

-Pastikan anda bawa Kad Pengenalan (My Kad)

Langkah 3: Pengesahan Biometrik di JPJ – Pemilik Baru
Pemilik Baru juga perlu melalukukan Pengesahan Biometrik dalam masa 7 hari (termasuk hari umum). Untuk info, pembeli dan penjual boleh hadir ke JPJ cawangan yang berasingan, disebabkan system JPJ akan rekod secara online di seluruh JPJ Malaysia.

Bagi pemilik baharu, anda disarankan untuk memperbaharui Insurans kereta terlebih dahulu, kerana setelah urusan cap jari (thumbprint) di JPJ selesai, roadtax & insurans kereta sedia ada akan terbatal secara automatik.

💸 Kadar bayaran bagi Tukar Milik (Semenanjung Malaysia)
🚗🚗Kereta - RM100
🏍️🏍️Motorsikal - RM3

Nak tahu lebih lanjut, boleh menonton Video Link JPJ di bawah :
https://www.youtube.com/watch?v=sMEJDDzclhE...
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax